BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 18, 2012

Thank You Allah.Akhirnya aku mengerti.

Salam alaikum wbt.
new post.dah nak bersawang blog ni.
ini hanya tempat persinggahan meluah perasaan.hari ini ada something nak dikongsi.
tapi sebelum itu,ini dia,something from our God al-Mighty.


قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ [12:86]

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Adukan apa-apa sahaja kepada ALLAH TAALA,insyaALLAH hatimu akan terasa lazatnya dzauk dan kau redha atas takdir-NYA.


Sesungguhnya,Nabi Muhammad SAW melarang kita dari bersifat ghuluw.

tahukah kamu dia ghuluw itu?
ghuluw itu ertinya bersikap melampaui batas.
setepatnya,Nabi SAW mengatakan sikap ini dilarang keras dalam beribadah.
seringkali diingatkan oleh Nabi SAW sendiri menyatakan bersikap istiqamah dengan beramal sedikit dalam ibadah lebih dicintai daripada melampau-lampau dalam beribadah.

Mengapa?kerana Nabi SAW menyatakan ini adalah punca kebinasaan umat-umat terdahulu.

GHULUW HANYA PADA IBADAH??

Sebenarnya banyak Ibrah yang boleh diperolehi daripada hadis ini.ketahuilah salah satu punca binasa manusia ialah ghuluw dalam kehidupan dunia.Sesungguhnya jika kau mengejar dunia,dunia akan menghinakan dirimu,sedang jika kau kejari akhirat dunia akan melutut di kakimu,insyaALLAH.

ketahuilah,jangan kau berlebih-lebihan dalam bergembira.
jangan kau berlebih-lebihan dalam berduka.
jangan kau berlebih-lebihan dalam segenap perkara.

Sesungguhnya,aku tidak hairan akan perkara yang tidak aku perolehi.Demi ALLAH,telah banyak nikmat ALLAH TAALA kepadaku,sehingga aku malu untuk memohon perkara yang aku hajati tetapi tidak perolehi.
Manusia memandangku tidak redha kepada takdir-Nya,sesungguhnya dapatkah mereka mengerti siapa yang tidak redha akan takdir-Nya?
Demi ALLAH,adakah aku yang berkeras??
Demi ALLAH,jika tidak kerana baik sangka,aku sendiri sudah lama berkeras.
DEMI TUHAN yang menggengam jiwaku ini,kerana DIA telah menjadikan jiwaku ini lembut dan mudah mengalah,aku alahkan rasa kerasku.
DEMI NAMA TUHAN YANG MAHA TINGGI,tidaklah aku bersedih melainkan kerana terkilan akan melampaui batas akan mereka ketika bergembira.
Sesungguhnya ghuluw ketika beribadah adalah buruk,tetapi ketahuilah ghuluw dalam sesuatu perkara dunia lebih buruk lagi.
Ketahuilah!!
ALLAH lah sebaik-baik perancang,jika ALLAH tidak mentakdirkan sesuatu terjadi,demi ALLAH,tidak akan terjadi sesuatu itu,walaupun asbabnya bukan seperti yang dikau jangkakan.
pesanku padamu,sederhanalah.
demi ALLAH,jika kau berlebih-lebihan,ALLAH akan menarik nikmat-NYA ke atas kamu,sehingga kau akan berasa kecewa dan sakit yang teramat sangat.
Aku tidak mahu mendoakan keburukan kepada kalian,tetapi fahamilah perjalanan masih jauh.kita hanya bersinggah,'kampung' asal kita
masih jauh.
masih jauh.
masih jauh.

Sekian,kalian sendiri mengerti siapa kalian.Jauhilah terlampau-lampau bergembira atas kesedihan manusia lain,kerana DEMI ALLAH,ALLAH pasti membalas perbuatan yang menyakiti orang lain,fizikal atau emosi.

Assalamualaikum wbt.

0 comments: