BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 16, 2010

keajaiban peperangan di GAZA..

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu
pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia .. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!
Dan siapakah yaNg menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!

Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!"..

MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah.
Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan
burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2 .. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel , datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan .. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza , hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. "
(Fussilat:52) .

Kisah-kisah di atas ini tidak dihebahkan di dalam media antarabangsa dan hampir sama dengan kisah kemenangan Mujahidin Afghanistan menentang Soviet Union lebih 20 tahun yang lepas.

Wallahualam

Friday, April 09, 2010

star wars-ape kaitannya??

salam~
post ni maybe agak weird skit..
but mmg rasa nak tulis gak...sebab agak berkait rapat dengan hidup kita ni..
mgkin bukan semua orang,tpi ya bgi aku..
aku nak wat anouncement yang my all time favourite star wars movies is episode 3-Revenge Of The Sith...
kenapa??
aku tahu da lama da kowt movie ni keluar..
tahun 2005..
teringat dulu b4 pergi SASER tyme skola harian(SMKBBSB),berkejar blik umah semata2 nak tgok movie ni,hahaha..
tapi kenapa episode 3 hek??
sbb this is the most important one in the franchise...
the link between the 'new' star wars(1 and 2) and the 'old' one(4,5,6)..
in episode 3,we can see the birth oh Darth Vader,orang jahat yang x la berape jahat sebenarnya..
how Anakin Skywalker slowly but surely being swallow by the "dark side of the force" and under influence of Darth Sidious,
who by no coincidence at all is Chancellor Palpatine itself..
how to link all this to myself??
wwhat is the main purpose of Anakin 'jump' into the dark side and become a Sith Lord??
tto try save his wife,Padme..(who accidentally being murdered by him in intense anger),
the dark lord(Darth Sidious) twisted his mind into believing that he can save his wife and cheated death..
Yoda stated that anger,jealous,hatred,and fear(of loss) are the path that would lead to the dark side..
altogether with a strong influence by Darth Sidious is a perfect combination to the darkness..
this is not very much different from our life..
failure to understand our fate and resist to accept it would lead to 'darkness'..
a path that promises destruction and suffering for eternity(HELL)..
that is why the believing in 'Qada' and 'Qadar' is one of the main pillars of faith..
we as muslim should firmly believe that in every 'takdir' upon us,there is an ease and 'Hikmah' for each of it..
Anakin fail to understand that even so Padme died(as what he saw in his dream),there is a chance that it may not come true..
the fear of losing the loves one has blinded his mind and heart and subsequently to follow the dark path..
same goes with us..fear of everything but ALLAH would only lead to eternal suffer and away from the true path(Siratal Mustaqim)..
there are no concrite reason for us to blame anyone for the mistakes that we done..
and we should use our own mind(Aqal) to distinguish between good and evil,light and dark,true and false..
do you know who represent Darth Sidious in our life??
yes,there are no other than satan itself!!!
satan/dajjal anti-christ will always seduced you to live in darkness..
but it is you who will prove yourself against our own'dark lord'...
use your mind wisely,but made sure you are guided by faith,good deeds,al-quran and sunnah..
that would be our very own "the force" against the dark side and its lords....
......

mohd iduan dan perkara baru dalam hidupnya...

salam~
skema jerk post ni haa??
da macam ayat tatabahasa budak2 primary school,hahha..
anyway,its not a big deal..
just wanna tell that i have a new interest,
-listening to classical songs and songs from one of the most greatest pianist ever,Maksim..
a zillion thanks to my friend,Maritha Demi John for supplying me with a large number
of classical songs and ochestra plays!!
Bethoveen,Bach,Mozart,Tchaikovsky...
Toccata and Fugue,Canon,Lullaby,Fur Elise,schubert serenade,plus exodus and flight of the bumblebee(piano version)...
and my all time fav is Claudine by Maksim....
can't wait to 'examine' it one by one...hhehe..
again,thanks to Maritha for giving me her collection...
it is fun having someone who share the same interest as me..^_^..

a level exams is my biggest nightmare??

salam~
dah lama x menulis..
there's a lot to be written,but little time to be spend on it..
first of all,A level exams is getting near...
once again,exam is just around da corner(utk ntah brapa kali ntah sebenarnya,hehe)..
tumpuan utama kepada stady je lah,hehe..
pulun tetap pulun...
insya~ALLAH.....

kemuliaan syahid dan kemanisan iman

Hizbullah bangunkan semula Lebanon

from utusanonline


ABU HASSAN Musulmani dan isterinya, Ummu Hassan Musulmani sayu menatap foto dua anak lelaki mereka - Hassan, 24, dan adiknya Ali, 22. Kedua-dua anak kesayangan mereka ini tiada lagi di sisi kerana terkorban di perbatasan selatan Lebanon ketika menentang tentera rejim Israel pada perang yang meletus pada Julai 2006.




Namun di sebalik garis wajah kesayuan itu, kedua-duanya tidak menyesal dengan pemergian Hassan dan Ali buat selama-lamanya itu. Malah pemergian kedua-dua anak lelaki yang menjadi harapan dan tunggak keluarga, menjadi kebanggaan keluarga syuhada itu yang mendiami sebuah pangsapuri sederhana di pinggir Beirut.
Kunjungan penulis ke rumah keluarga syuhada itu, Februari lalu terasa masih segar apatah lagi bulan ini (Julai) genaplah tiga tahun serangan dahsyat rejim Israel itu ke atas Lebanon.

Ternyata emosi pasangan suami isteri itu amat kuat, apabila tiada setitis air mata pun yang membasahi pipi ketika mengimbau kisah dan detik-detik kematian kedua-dua anak mereka itu.

Abu Hassan yang sudah menjangkau usia 50-an sebaliknya dengan bersemangat memberitahu: "Kalau Israel menyerang lagi, saya bersama tiga lagi anak, semua akan turun sekali lagi untuk melawan rejim itu. Menang atau kalah bukan soalnya lagi".

Kata-kata semangat yang sama turut dilafazkan isterinya, yang sama sekali tidak gentar untuk menyertai peperangan pada masa depan sekali pun menghadapi risiko kehilangan anak-anaknya buat kali kedua atau dirinya sendiri.

Seluruh keluarga tersebut merupakan 'anggota-anggota tentera' yang berperang dalam Perang Tammuz termasuk Ummu Hassan bertugas sebagai tukang masak kepada para pejuang Hizbullah.

Ketika ribuan warga Lebanon termasuk mereka yang sudah mendapat kewarganegaraan asing menyelamatkan diri keluar dari negara itu, Abu Hassan sekeluarga pulang ke kampung halaman mereka di Selatan Lebanon bagi mempertahankan negara daripada serangan Israel.

"Kami bertiga berada di barisan hadapan bersama-sama para pejuang Hizbullah yang lain, bertempur berdekatan sempadan wilayah Palestin yang dijajah (Israel), selama 30 hari.

"Sepanjang tempoh itu, pertempuran begitu sengit sehinggakan kami terkepung tanpa bekalan makanan dan air bersih," kata Abu Hassan dengan penuh emosi.

Dalam pertempuran itulah, Abu Hassan bertukar nada perlahan memberitahu, anaknya Hassan mengalami cedera parah.

"Saya begitu pilu melihatkan keadaan Hassan namun sempat memberikannya minum sedikit air. Namun anak saya itu meminta saya segera pergi menyelamatkan diri kerana merasakan dia akan menemui syahid.

"Walaupun sedih dengan permintaannya itu namun saya terpaksa 'keraskan hati' meninggalkan Hassan yang sempat berpesan agar saya meneruskan perjuangan dan itulah kata-kata akhirnya yang sehingga kini masih segar dalam ingatan.

"Jenazah anak saya itu terpaksa dibiarkan di medan perang sehinggalah perang tamat. Selepas tamat, barulah kami bawa jenazah Hassan ke Beirut untuk dikebumikan," ujarnya dalam nada berbaur pilu.

Menurut bapa yang tabah ini, setelah gencatan senjata, ramai jiran dan saudara mara menangisi kesyahidan kedua-dua anak lelakinya yang gagah berani itu.

"Tetapi mujurlah Allah anugerahkan saya ketabahan hati sehinggakan saya pula yang berusaha menceriakan tetamu yang menziarahi rumah saya itu.

"Kami mencintai syahid kerana ia adalah garisan perjuangan ahlul bait (ahli syurga), pengalaman kesyahidan sebagaimana yang dilalui oleh Imam Hussein," katanya sambil jari jemarinya perlahan-lahan mengusap foto kedua-dua anak kesayangannya itu.

Kisah Abu Hassan dan keluarganya melambangkan ketabahan rakyat Lebanon ketika menghadapi kekejaman Israel yang hingga kini terus menjadi ancaman kepada keamanan negara-negara Asia Barat itu.

Ternyata pengorbanan mereka tidak sia-sia apabila Israel malu besar setelah gagal mencapai matlamat perang pada 2006 itu.

Rejim itu tidak dapat menguasai hatta seinci pun tanah Lebanon. Meskipun mereka sempat sampai di sekitar Sungai Litani dan jauh sekali berjaya melumpuhkan sistem pertahanan Hizbullah.

Sebaliknya hanya menyaksikan tentera Israel meraung-raung bagaikan bayi yang kelaparan di Bint Jbeil, iaitu salah satu medan pertempuran paling sengit dalam perang itu.

Hizbullah berjaya memusnahkan 38 Merkava dan merosakkan 82 kereta kebal yang menjadi kebanggaan Israel selain menghancurkan kapal perang rejim itu di perairan laut Lebanon.

Sedangkan Israel dengan segala kekuatan yang ada sanggup membunuh lebih 1,000 rakyat Lebanon yang tidak berdosa. Ia melalui serangan udara semata-mata untuk mendapatkan semula dua tentera Israel yang ditawan Hizbullah dalam operasi dinamakan 'Janji yang Benar' di selatan Lebanon.

Janji yang benar itulah yang sering dilaung-laungkan berulang kali oleh Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah.

Beliau dijadual menyampaikan pidatonya secara langsung hari ini (Jumaat) bagi meraikan ulang tahun ketiga perang itu dalam apa yang disifatkan sebagai kejayaan Operasi 'Haji Redwan'.

Ini kerana hasil perang Julai 2006 itu, Hizbullah berjaya melunaskan janjinya kepada rakyat negara itu untuk membebaskan para pejuang termasuk Shamir Kuntar yang telah merengkok kira-kira 30 tahun dalam penjara Israel.

Seperti biasa, Sayyed Hassan tidak muncul di khalayak, sebaliknya akan berucap dari lokasi yang dirahsiakan

Pidato beliau yang pastinya lantang berapi-api itu, dipancarkan melalui skrin-skrin besar dan disiarkan secara langsung oleh Stesen Televisyen al-Manar.

Sebelum ini, Stesen TV al-Manar pernah menjadi sasaran Israel malah turut mengadakan sekatan dan menghalang liputan media asing ke atas kekejaman rejim itu dalam perang di Genting Gaza, Disember lalu.

Pengurus Besar Stesen TV Al-Manar, Abdullah Qasir berkata, sekatan ke atas media itu ternyata gagal kerana beberapa unit stesen televisyen termasuk al-Manar telah lama beroperasi dari dalam wilayah Gaza yang dikuasai pergerakan Hamas.

"Sekatan itu tidak berjaya bahkan terdapat stesen televisyen yang lain seperti al-Aqsa dan al-Jazeera, ia ternyata memberikan sumbangan dalam mendedahkan keburukan dan wajah sebenar Israel.

"Ia juga telah mengubah pandangan dunia tentang konflik di Palestin," katanya.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Lebanon berkata, al-Manar menjadi sasaran Israel sehingga ibu pejabatnya ranap dibom dalam serangan udara pada 2006 berikutan berita-berita yang disiarkan tidak menyenangkan rejim tersebut.

"Kami jadi sasaran kerana menyiarkan laporan tentang para syuhada yang terkorban, kapal terbang dan kereta kebal Israel yang berjaya dimusnahkan, itu semua tidak menyenangkan Israel," katanya sambil menambah siaran al-Manar turut ditonton di wilayah haram Israel.

Di sebalik cabaran berkenaan, Abdullah menegaskan, al-Manar akan terus berusaha meneruskan siarannya mengenai laporan berkaitan penentangan terhadap kekejaman Israel selain rancangan agama, keluarga dan remaja serta berita semasa.

"Sekiranya Hizbullah mengambil inspirasi perjuangan cucu Rasulullah SAW, Saidina Hussein maka kami berperanan sebagainya adiknya, Sayyidah Zainab yang bertanggungjawab memberikan penerangan bagi mencetuskan kebangkitan.

"Meskipun ada cabaran dan halangan, kami akan terus membuat liputan," tegasnya.

Justeru ucapan Sayyed Hassan yang disiarkan oleh al-Manar hari ini amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Lebonan malah seluruh dunia termasuk musuh tradisinya, Israel.

Yang pasti, terdapat mesej penting untuk disampaikan. Ini mengingatkan penulis ketika Sayyed Hassan 'muncul' di Bandar Dauhiah, Selatan Beirut, berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Rafiq Hariri pada 16 Februari lalu.

Sebahagian besar penduduk Dauhiah - bandar yang dibangunkan oleh pelbagai organisasi Hizbullah, terpaku di depan kaca televisyen mendengar ucapan Sayyed Hassan pada satu majlis di Kompleks Syuhada.

Penulis ketika itu memilih untuk menonton sahaja melalui saluran al-Manar semasa singgah di sebuah kedai roti setelah dimaklumkan jalan ke pusat perhimpunan itu sudah penuh sesak.

Di hadapan puluhan ribu rakyat Lebanon , Sayyed Hassan ternyata mengambil kesempatan majlis tahunan 16 Februari setiap tahun iaitu hari memperingati para syuhada untuk menyampai mesej-mesej penting.

Mesej oleh Sayyed Hassan itu lebih menarik perhatian apabila Hizbullah kian mendapat tempat dari segi pengaruhnya dalam kerajaan dan sokongan politik serta moral daripada dunia Arab dan Islam.

Sebelum ini, di bawah pimpinan Sayyed Hassan, penentangan Hizbullah memaksa Israel mengundurkan tenteranya dari Selatan Lebanon pada tahun 2000.

Sayyed Hassan menganggap, kejayaan Hizbullah dalam tempoh lebih 20 tahun setelah penubuhannya pada 1982 adalah hasil sumbangan para syuhada mereka yang perlu diingati.

Tiga tokoh syuhada yang cukup dikenang antaranya ialah Sheikh Ragheb Harb yang terkorban pada 16 Februari 1984.

Lapan tahun kemudian Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyed Abbas Musawi terkorban dalam serangan Israel dan yang terbaru, pembunuhan komander tertinggi tentera Hizbullah, Imad Mughniyah di Damsyik, Syria pada 12 Februari 2008 yang dipercayai dilakukan oleh agen Israel.

Kata Sayyed Hassan, pengorbanan para syuhada itu telah memulangkan semula tanah dan rumah para penduduk Marjayoun, Hasbaya, Shebaa dan Bint Jbeil.

Paling memberi kesan adalah pembunuhan Imad atau 'Haji Redwan' yang disifatkan Hizbullah sebagai memberi kesan yang menakutkan bagi Israel.

Ini kerana Imad ialah tokoh yang diibaratkan sebagai 'tangan kanan' Sayyed Hassan. Imad dipercayai bertanggungjawab merancang strategi pertahanan Hizbullah sebelum tercetus perang 2006.

Selepas perang itu, Imad dikatakan meminta kebenaran Syed Hassan untuk turun padang membuat persiapan menghadapi serangan Israel akan datang dalam tempoh setahun.

Dalam tempoh itu, Imad dipercayai berjaya melengkapkan segala persiapan termasuk perancangan membabitkan Palestin dan kerjasama dengan Syria.

Meskipun Hizbullah dilihat tidak membantu pejuang Hamas dalam serangan ganas Israel selama 22 hari ke atas Genting Gaza, Palestin pada Disember 2008, namun dipercayai kemampuan Hamas mempertahankan kedudukannya mempunyai kaitan dengan perancangan oleh Imad.

Justeru, kematian Imad begitu digeruni Israel kerana ia boleh membuatkan Hizbullah meningkatkan penentangannya ke atas rejim itu.

Ini dapat dilihat apabila Sayyed Hassan secara terbuka menyatakan Hizbullah tidak lagi gentar dengan serangan-serangan udara Israel.

Bagi memastikan wujud keseimbangan dalam konflik akan datang, Hizbullah mempertahankan haknya mendapatkan senjata bagi mempertahankan diri termasuk sistem anti pesawat sebagai pelengkap pertahanan darat dan lautnya.

Pada saat ini, Hizbullah sedang bertungkus lumus membina semula rumah-rumah rakyat Lebanon yang musnah dan rosak teruk angkara bom tentera Israel pada perang 2006 itu.