BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 31, 2010

Seandainya Nabi SAW di sisi kita





aku menangis tengok perempuan dalam ni menangis..

"Lau Kana Bainana"

Saturday, August 14, 2010

Pembohong!!!!!




actually,I'm quite hesitate to write this entry,
it could be misinterpret by anyone,that this entry might show my political opinion..
tapi,a truth is a truth,
there is no way 'we' can tolerate any lies within the truth..
(sila baca we:muslim)...

lately, di Malaysia ini berdegar-degar laungan,bahawa jika parti 'sekian2' yang memerintah,kedudukan Islam akan tergugat..
dan melaung2kan perpaduan bangsa lebih dari perpaduan agama..
atas alasan,Islam hanya akan kuat jika bangsa majoriti ini bersatu..
maka bermulalah ajakan2,pelawaan2 untuk bersatu oleh si A kepada si B,
yang akhirnya ajakan tinggal ajakan,seperti sekadar retorik,
jauh sekali ada usaha secara konkrit....

saya tidak mahu mengulas panjang isu perpaduan ini..kedua2 pihak berhujah dan memberi alasan2 sama ada mahu bersatu atau kekal dalam keadaan sekarang..

tapi amat lah menyakitkan hati,jika ada yang mendakwa Islam itu hanya kuat dengan sesetengah bangsa..
dan keruntuhan bangsa itu akan menyebabkan runtuhnya islam..
apakah hujah bagi kenyataan yang sungguh jahil dan bodoh ini????!!

bukalah Al-Quran,dan kau akan dapati..
tuhan agama ini tidak sekali-kali akan membiarkan agama yang diredhai-NYA ini terhapus..


"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam."
(Ali Imran,19)

di dalam ayat yang lain,ALLAH berfirman:

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."
(Ali Imran,139)

ALLAH telah menerangkan,Islam hanya akan menang jika kita kembali beriman kepada ALLAH,dan menurut jalan yang dipelopori oleh rasul-NYA..

ya,memang benar bersatunya bangsa yang majoritinya Muslim adalah satu kekuatan kepada ummat..tetapi untuk mengatakan Islam tegak di atas sesetengah bangsa adalah salah!!!
bangsa adalah alat kepada Islam,bukan Islam menjadi alat kepada bangsa..
mahu bangsa bersatu,baru terhegeh-hegeh menyebut,
"kita kena bersatu,kita satu bangsa,satu ugama...",

padahal,bagaimanakah amal sang penutur kata itu???!!
apakah dia sendiri berusaha memperkukuhkan ugamanya,sehingga terlihat kuatnya ugama
dan mulia bangsanya??
bangsa yang kuat ialah bangsa bersatu kerana Islam,bukan kerana Islam itu dijadikan alat untuk bersatu!!



LAKNAT ALLAH KEPADA PEMBOHONG-PEMBOHONG ITU!!!

khutbah jumaat Masjid Bandar Baru Sg buloh,3 Ramadhan 1431H

salam~
khutbah ini disampaikan secara santai tanpa menurut teks
100%..
dimana,harap maaf,aku berasa benci dengan khutbah bacaan teks,kerana
menyebabkan hampir semua orang di dalam masjid mengantuk..
lebih-lebih lagi jika bacaan itu hanya mendatar sahaja,tanpa intonasi suara
sebagai tanda khutbah itu mempunyai ruh nya sendiri...

khutbah yang hidup akan menarik para jemaah untuk menumpukan isi kandungannya,daripada sekadar datang memenuhkan saf..

enough of that...

point2 utama khutbah ialah:
*ramai manusia berpuasa,tapi sekadar menahan lapar dan dahaga,dan bagi yang
telah berkahwin,menahan diri dari bersetubuh dengan pasangan di siang hari..

tetapi ramai yang gagal mematuhi syarat2 yg lain,iaitu menahan
diri dari melakukan perkara yang dilarang..puasa sekadar ritual,bukan lagi ibadah..

*kewajipan bapa2 untuk mendidik anak dengan cara yang tepat,dan teguran khatib itu
sememangya tepat..seorang bapa haruslah memastikan penghayatan islam dalam keluarganya terlaksana,jika tidak maka sebenarnya anak dan isterinya boleh mengheret dirinya ke neraka..masyaALLAH!!

*khatib menyindir orang-orang yang berpuasa,tetapi pergi ke bazar Ramadhan,terutamanya perempuan dengan pakaian yang ketat dan tidak menutup aurat,dan memberi amaran bahawa adalah wajib bagi para bapa untuk memastikan anak-anak mereka menutup aurat dan tidak berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh.



*seterusnya,khatib mengecam mereka yang berpuasa tetapi tidak bersolat,sambil memberi amaran ia adalah perbuatan yang sia-sia kerana amal puasa itu langsung tidak diterima kerana rukun Islam yang pertama diabaikan...
juga,khatib melarang keras jemaah datang BERSOLAT TERAWIH di masjid ini jikalau SOLAT FARDHU tidak cukup 5 waktu sehari semalam,kerana amal yang sunat itu tidak diterima jikalau yang wajib itu ditinggalkan..

konklusinya,ini merupakan salah satu khutbah Jumaat terbaik pernah didengar seumur hidup.....
kadang2,kita kena bersikap keras terhadap nafsu dan hati-hati yang munafik,agar mudah-mudahan mereka berlembut dan mahu bertaubat kembali ke jalan yang benar...

insyaALLAH,

ameen~

Ramadhan datang lagi....


salam~

terlalu lama tidak mengupdate blog ini...
ada sedikit masalah dengan blog...tapi syukur..
semuanya sudah selesai..
ketika entry ini ditulis..sudah 5 Ramadhan..
ucaplah syukur pada tuhan mu dan tuhan ku..
ALLAH s.w.t...
kerana masih lagi berpeluang merasakan nikmat beribadah,
di bulan ini...

bulan di mana amalan fardhu dilipatgandakan,
dan amalan sunat dibalas dengan pahala amalan fardhu..

bulan ini juga bulan Al-Quran..
rebut peluang ini insyaALLAH...

buat rakan-rakan di perantaun,terutama nun jauh di hemisfera utara,
(USA,UK,Ireland,Japan,Korea...)
Ramadhan kalian ketika musim panas(Summer)..
ujian lebih besar dengan waktu siang lebih panjang...

insyaALLAH,pahala untuk kalian juga berganda..
sebagaimana sabda nabi SAW,
"puasa yang terbaik ialah puasa di kala musim yang panas"..
lebih kurang begitulah maksud hadis tersebut...
tabah lah kalian di perantauan,semoga kita semua dilimpahi kurnia
rahmat dan nikmat dari ALLAH Taala..

ameen~
salam~...