salam alaykum..
setelah lama tidak membuat post tentang isu ugama di blog ini,alhamdulillah aku kembali ke fitrah..
aku sajikan untuk tatapan pembaca..berkongsi sedikit nukilan dariku..
aku tidak sehebat shakespeare mahupun emily dickinson misalnya..dan aku pun x mahu menandingi mereka..
dunia aku dan mereka jauh berbeza..
jauh sekali aku mampu setanding dengan Hassan al-Thabit,penyair Rasulullah SAW..
mahupun Usman Awang,A.Samad Said ataupun
penulis muda yang aku kagumi, Dr Faisal Tehrani..
ketahuilah,aku cuma Hamba..dan aku cuma hamba yang mahu mencintai ALLAh,
mencintai Rasul-Nya dengan sepenuh dayaku yang termampu,
insyaALLAh..
Sajak ini aku nukilkan sementelah aku melakukan Ziarah terbaru ke masjid Negeri di Shah Alam..
dan aku tujukan kepada masjid ini..
"Duhai,aku kembali ke sisimu lagi,
Setelah aku goyah,punah ditabrak taufan nafsu dunia..
Duhai cintaku,
mengapa,mengapa kau tidak pernah gagal menghiburkanku??
mengapa kau tidak pernah gagal menenangkanku??
di dalam mu aku merasakan,
bayu-bayu lembut rahmat dan ampunan Tuhan-ku,
sungguh aku terpaku!
sepertinya kau punya magis yang bisa melembutkan,
hati-hati yang terkadang diperkuda nafsu Ammarah wal lAwwamah!
Duhai buah hatiku,
ceritakan kepadaku apa rahsiamu,
apakah ajaib yang kau kenakan,
apakah karamah yang kau tiupkan,
apakah bait-bait kata yang kau layarkan!
sehingga umat Muhammad di kota ini,
tidak jemu-jemu berbondong-bondong masuk ke dalam mu!
lantas aku tertanya-tanya jauh di kalbu ku..
Hai Fulan!
hai Fulanah!
apakah kau tidak punya hati??!!
di zaman hati-hati sudah busuk dengan duniawi ini,
laksana kau telah cabut hatimu yang kotor yang itu,
kau campakkan lantaS kau bergegas-gegas,
menyahut seruan suci menuju tuhan.
hai fulan..aku ingin bertanya,
apa kau tidak hairan,
dengan sibuknya kota??
dengan pusingan dunia??
dengan kitaran masa??
lantas,
aku terbayang Abdullah anak Rawahah di medan melawan Rom,
kurma-kurmanya dilontar ke tanah,
agar lebih tangkas menyusul Zaid dan Jaafar ke puncak redha..
seperti itulah!!!!Si fulan fulanah membuang 'kurma-kurma' keduniaan,
demi mencapai Redha Tuhan.
Maka aku pun mengerti,
kau duhai Fulan,
telah mencapai hakiki..
kau wahai fulan,
telah karam dalam cinta ilahi,
kau telah merasa mabuk berahi,
cinta yang suci!!
maka,
duhai buah hatiku..
aku amat berterima kasih padamu,
kau telah mengajarku,
erti cinta yang sejati,
cinta yang pasti,
cinta yang indah,
tanpa pura-pura..
kau memberiku secubit kenikmatan,
karam dalam cinta Tuhan!"
Mohd Iduan Masri,
24 Februari 2011,khamis,
21/Rabiulawal/1432 AH.
Berjumpa dengan Penyembah Kubur?
1 day ago
0 comments:
Post a Comment