salam~
khutbah ini disampaikan secara santai tanpa menurut teks
100%..
dimana,harap maaf,aku berasa benci dengan khutbah bacaan teks,kerana
menyebabkan hampir semua orang di dalam masjid mengantuk..
lebih-lebih lagi jika bacaan itu hanya mendatar sahaja,tanpa intonasi suara
sebagai tanda khutbah itu mempunyai ruh nya sendiri...
khutbah yang hidup akan menarik para jemaah untuk menumpukan isi kandungannya,daripada sekadar datang memenuhkan saf..
enough of that...
point2 utama khutbah ialah:
*ramai manusia berpuasa,tapi sekadar menahan lapar dan dahaga,dan bagi yang
telah berkahwin,menahan diri dari bersetubuh dengan pasangan di siang hari..
tetapi ramai yang gagal mematuhi syarat2 yg lain,iaitu menahan
diri dari melakukan perkara yang dilarang..puasa sekadar ritual,bukan lagi ibadah..
*kewajipan bapa2 untuk mendidik anak dengan cara yang tepat,dan teguran khatib itu
sememangya tepat..seorang bapa haruslah memastikan penghayatan islam dalam keluarganya terlaksana,jika tidak maka sebenarnya anak dan isterinya boleh mengheret dirinya ke neraka..masyaALLAH!!
*khatib menyindir orang-orang yang berpuasa,tetapi pergi ke bazar Ramadhan,terutamanya perempuan dengan pakaian yang ketat dan tidak menutup aurat,dan memberi amaran bahawa adalah wajib bagi para bapa untuk memastikan anak-anak mereka menutup aurat dan tidak berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh.
*seterusnya,khatib mengecam mereka yang berpuasa tetapi tidak bersolat,sambil memberi amaran ia adalah perbuatan yang sia-sia kerana amal puasa itu langsung tidak diterima kerana rukun Islam yang pertama diabaikan...
juga,khatib melarang keras jemaah datang BERSOLAT TERAWIH di masjid ini jikalau SOLAT FARDHU tidak cukup 5 waktu sehari semalam,kerana amal yang sunat itu tidak diterima jikalau yang wajib itu ditinggalkan..
konklusinya,ini merupakan salah satu khutbah Jumaat terbaik pernah didengar seumur hidup.....
kadang2,kita kena bersikap keras terhadap nafsu dan hati-hati yang munafik,agar mudah-mudahan mereka berlembut dan mahu bertaubat kembali ke jalan yang benar...
insyaALLAH,
ameen~
Berjumpa dengan Penyembah Kubur?
1 day ago
0 comments:
Post a Comment